Kitab Lelaki

Santapan Rohani

6 Perkara Ambil Peduli Jika Usia Mencecah 30-an

Di masa muda mungkin anda merasa sangat kuat, kita boleh berjaga tanpa merasa penat, bersenam tanpa pemanasan sedikit pun. Kita berulang kali memaksa dan menyalah-gunakan tubuh kita tanpa merasakan apa-apa kesan pun selepas itu. Namun tidak setelah kita memasuki usia akhir 20-an di mana tubuh kita mula memberontak dan mengingatkan kita bahawa tubuh dapat dan akan ‘wear & tear’ seiring dengan bertambahnya usia.

Sama seperti kereta, tubuh memerlukan rawatan yang tepat, dan semenjak tubuh tidak mempunyai ‘sparepart’ yang boleh diganti pada bila-bila pun ketika mengalami kerosakan, maka jangan sia-siakan kesihatan anda. Beberapa orang bahkan sudah menderita penyakit serius di usia muda kerana kesalahan mereka sendiri, dan seberapa lama kekuatan tubuh anda bertahan sangat bergantung pada gaya hidup yang anda pilih.

Teruskan Membaca ➞

Isteri Nusyuz Tidak Layak Terima Nafkah

Seorang isteri yang baik jika dia kenal serta beriman dengan Allah, maka dia akan tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan kepadanya sama ada patuh atau ingkar dengan sesuatu yang telah ditetapkan untuknya. Hatinya mudah lembut, terdidik dan menerima akan segala nasihat atau teguran yang baik-baik. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab sebagai suami apabila diijabkabulkan ialah memastikan agar isterinya betul-betul mengenali Allah. Kerana itulah Islam menggariskan syarat, pilihlah wanita yang beragama untuk dijadikan isteri, maka perkara yang lain akan turut mengiringinya. Jika berlandaskan nafsu dan keinginan hati semata-mata, maka timbullah pelbagai pergolakan jika tiada persefahaman dalam hubungan antara Sang Pencipta dengan hubungan sesama manusia.

Isu yang akan diketengahkan kali ini ialah mengenai status penerimaan nafkah sekiranya si isteri itu nusyuz dalam perkahwinannya. Benarkah isteri yang curang pada suami adalah isteri yang nusyuz? Jika isteri nusyuz, benarkah dia tidak layak menuntut apa-apa nafkah, termasuk nafkah idah?

Teruskan Membaca ➞

Ini Sebabnya Mengapa Islam Mengharamkan Lelaki Memakai Emas dan Sutera

Emas dan kain sutera tidak asing bagi wanita jika mereka memakainya, apatah lagi jika si pemakainya akan tampil lebih anggun dan bergaya. Walau bagaimanapun, Islam sangat menegah umatnya terutama kaum lelaki daripada memakai emas dan sutera. Mengapa ianya diharamkan? Apakah yang akan berlaku sekiranya golongan lelaki tetap memakai emas dan sutera sebagai perhiasan mereka?

Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Emas di sini bermaksud dalam sebarang sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sungguhpun begitu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya dari unsur emas. Hanya rupa dan warnanya sahaja yang kelihatan sama dan bukan kemiripannya.

Hakikatnya, hikmah di sebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul, di samping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

Teruskan Membaca ➞

10 Cara Membuatkan Hati Anda Tenang

hati tenang

Cara Membuat hati Tenang menurut islam

Sahabat yang dimuliakan,
Hakikat sebenarnya, tak ada seorang pun boleh terlepas dari masalah kehidupan. Itulah sunatullah yang berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat dan kedudukan takkan mampu menghalanginya.

Namun, Islam memberikan penyelesaian terhadap tekanan hidup itu agar jiwa menjadi tenang. Tak ada istilah stress atau kecewa bagi seorang Mukmin. Persoalannya Islam telah memberikan penyelesaian untuk menghadapi tekanan hidup. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa: Teruskan Membaca ➞

Santapan Petang Ahad

takzikirah

 

Sebagai Renungan kita bersama dalam mencari keredhaan Allah.

Semoga Bernafaat

Dia ni lelaki atau perempuan?

lelaki vs prmpuan

Gambar Sekadar Hiasan

Ketidak-tentuan jantina atau kecelaruan identiti?

Saban hari semakin kerap kita mendengar kes penukaran jantina yang berlaku di negara kita sendiri. Lebih menyedihkan apabila mendapati bahawa majoriti di kalangan mereka adalah anak Melayu yang beragama Islam. Perkembangan fenomena pelik ini semakin menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa masyarakat di negara ini. Adakah boleh seseorang itu membuat pembedahan menukar jantina sesuka hati dan apakah syarat-syarat yang dibenarkan dalam Islam sebelum seseorang boleh membuat pembedahan begini?

Saya sendiri tidak mempunyai fakta sebenar tentang bilangan golongan mak nyah di Malaysia walaupun ada beberapa sumber yang menganggarkan bahawa jumlah mereka di sekitar Lembah Klang sahaja mungkin mencecah 50 ribu orang. Kalau dahulu cuma segelintir kecil di kalangan mereka yang mampu membelanjakan wang yang banyak bagi menjalani pembedahan penukaran jantina di Eropah, terutamanya Holland. Namun kini semakin ramai di kalangan mereka yang telah berbuat demikian dengan menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand.

Kita juga mengetahui bahawa Thailand adalah salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender. Banyak pusat pembedahan penukaran jantina Thailand yang mempunyai kemahiran teknik pantas yang boleh mengubah jantina seseorang dengan kos serendah AS $ 2,000 atau kira-kira RM6,400.00 sahaja. Dr. Thep Vedusit, salah seorang doktor pakar bedah transeksual mengakui bahawa beliau telah melakukan lebih daripada 500 pembedahan transeksual yang melibat rakyat Thailand dan juga dari negara jiran terutamanya Malaysia. Teruskan Membaca ➞

BERSYUKUR DENGAN ADANYA SUAMI

brsyukur kehdiran suami

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang…

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan enjin motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Salam Ukhuwah..~ Teruskan Membaca ➞

Kisah benar: LUAHAN HATI SEORANG SUAMI. Menitis airmata baca…

kisah suami

 

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook…

yang membuatkan saya secara automatik menangis..

Isteri yang terbaik.

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Teruskan Membaca ➞

Kelebihan Solat Dhuha & Kehebatan Doa Solat Dhuha

solat dhuha

 

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..

Harini ustaz nak share sikit ilmu dengan anda semua

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Teruskan Membaca ➞