Kitab Lelaki

Wanita Akan Mudah “Jatuh Hati” Jika Lelaki … ?

lelaki idaman wanita

Ramai wanita diluar sana ingin mempunyai lelaki idaman, tetapi tidak semua wanita bertuah dalam mendapatkannya, mungkin kita sebagai lelaki boleh cuba untuk menjadi salah seorang lelaki idaman wanita seperti wanita hanya memerlukan sedikit keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya dengan pertunjukan besar-besaran mahupun mahal

KEBIASAAN SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA

 

  1. Tolong Bukakan Pintu Kereta

buka pintu kereta

Seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk wanita adalah seseorang yang romantik, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini.Adakah anda suka berdiri terbiar di luar kereta ? Walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat, si dia pasti menghargai anda kerana mengutamakan keselesaannya dahulu.

 

  1. Memberikan Bahagian Terakhir Makanan

suap menyuap

Apabila anda menyimpan kepingan terakhir untuk dia, anda sedang memaklumkan bahawa anda menyukai dia lebih berbanding makanan itu. Lebih-lebih jika anda menyuapkannya sendiri. Itu satu tindakan yang romantik.

 

  1. Kerap Luangkan Masa Bersama

sentiasa bersama

Tunjukkan minat anda akan gambar-gambar si dia semasa bayi, membantu mengajar adiknya bermain bola dan memuji masakan ibunya. Jika anda nak hidup lama bersamanya, wajib lakukan ini semua. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niat anda

 

  1. Kerap Menonton Cerita Bersama

menonton bersama

Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’ kerana si dia menginginkannya, lelaki itu layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika lelaki lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.

 

  1. Memberi Bunga

mjemberi bunga

Buatkan si dia tersenyum dengan hadiah sejambak bunga secara tiba-tiba ataupun spontan. Tidak perlu yang mahal-mahal, cukuplah dengan kemampuan anda. Si dia pasti lebih menghargai dan mengingati anda selalu

 

  1. Mencium Dahi

mencium dahi

Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba. Cium dahi si dia ketika saat-saat romatik, akan membuatkan dia rasa disayangi.

 

  1. Tolong Mengisi Tangki Minyak

isi minyak

Aksi ini akan membuatkan dia terkejut pada awalnya. Bukan bermakna dia tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri, tetapi ini sebenarnya merupakan petanda lelaki telah dididik dengan baik dan memang bersifat sopan. Apa salahnya jika anda ada duit lebih.

 

  1. Memakaikan Jaket

pakaikan jaket

Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si dia dengan jaket atau menawarkan jaket, terutama sekali pada waktu sejuk.

 

Ini adalah antara perlakuan-perlakuan kecil seorang lelaki menunjukkan mereka peduli, cara yang sama seorang wanita mempunyai naluri untuk menyayangi dan melindungi yang tersayang.

Lelaki beradab belum pupus, ramai lelaki yang masih mampu untuk menjadi lelaki sebenar.

Sama-sama kita jaga hati dan perasaan masing-masing.

Semoga berbahagia selamanya.

 

• Meet the Author ➞ ustaz ahmad



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!