Kitab Lelaki

lelaki mati pucuk

Tabiat Minum Kopi Boleh Mencegah Mati Pucuk

Sebut sahaja pasal kopi yang hadir bersama aromanya yang memikat, dan kelikatannya yang menawan, tiada siapa dapat menolak terutamanya lelaki. Bak kata pepatah kitablelaki.com, ‘lelaki dan kopi berpisah tiada!’. Hari ini kopi seolah-olah menjadi satu trending baru kerana bukan sahaja di Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Old Town White Coffee dan pelbagai jenis Kopitiam sehinggalah ke gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan, semuanya menjual pelbagai jenis dan citarasa unik minuman berkafein ini. Jadi, tidak hairanlah kini lambakan produk 3-in-1 berasaskan kopi juga banyak dijual di pasaran.

Tetapi malangnya, kita seringkali dimomokkan dengan fakta bahawa kopi itu tidak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya, kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu, malahan kopi merupakan antara minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Fakta yang mengatakan bahawa kopi mendatangkan keburukan sebenarnya telah diselewengkan oleh bangsa Yahudi. Lihat bangsa Yahudi, mereka sangat menggemari minum kopi malah menjadikan kopi sebagai minuman rutin harian mereka. Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa lebih daripada 400 million cawan kopi telah diambil pada setiap tahun, sekaligus menjadikan ia sebagai minuman yang paling popular di dunia.

Isu kali ini kami akan ketengahkan mengenai pencegahan mati pucuk dengan air kopi. Apa itu mati pucuk dan apa kaitannya dengan pencegahan penyakit ini dengan tabiat minum kopi?

Teruskan Membaca ➞