Kitab Lelaki

20 Tip Jadi Lelaki Idaman Wanita

Lelaki sering memperkatakan mengenai ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hatinya, sedangkan pernahkah lelaki tahu bahawa golongan wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman mereka. Jadi sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki yang disenaraikan ini perlu diberi perhatian walaupun kita tahu setiap orang bukanlah seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakkan ciri-ciri yang tersenarai, ia adalah bonus bagi anda untuk mendapat tempat di hati wanita.

Jika anda sedang dalam usaha memikat seseorang gadis ataupun jika sudah berkahwin dan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteri tercinta, kami kongsikan 20 tip percuma bagaimana menjadi lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman wanita.

Tersenarai di bawah ini adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.

Teruskan Membaca ➞

15 Tip Jadi Lelaki Yang Berketerampilan Dan Menyakinkan

Bosan dengan gaya berpakaian dan trend yang sama? Apa kata jika anda melakukan sedikit perubahan diri anda dalam penampilan berpakaian, gaya rambut dan kekemasan wajah anda agar nampak lebih metroseksual. Mungkin dengan gaya seperti ini anda akan mendapat sedikit keyakinan dalam diri anda asalkan kena dengan caranya.

Kami kongsikan 15 tip jadi lelaki yang berketerampilan dan menyakinkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan dari kaca mata kekasih ataupun isteri. Buat anda yang masih tercari-cari teman hidup, boleh ikuti tip-tip ini supaya wanita-wanita bujang di luar sana ‘cair’ melihat ketampanan anda.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Teruskan Membaca ➞

Bahaya Kanser Prostat : Kenali Petanda, Tahap Dan Rawatan

Apa Itu Kanser Prostat?

Kanser prostat terjadi di dalam kelenjar prostat. Doktor mempercayai bahawa kanser prostat bermula dari perubahan yang sangat kecil ukurannya dan bentuk seperti sel-sel kelenjar prostat. Perubahan ini dikenali sebagai PIN (prostatic intraepithelial neoplasia). Hampir separuh dari pesakit yang menghidapi PIN setelah berusia 50 tahun dan ke atas. Pesakit yang mengalami PIN akan mengalami perubahan sel-sel kelenjar prostat

Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Teruskan Membaca ➞