Kitab Lelaki

Uncategorized

Mengenali Personaliti Lelaki Secara Umum:-

lelaki

Mengenali personaliti seseorang lelaki itu memerlukan ketelitian dan pemerhatian yang banyak. Tidak seperti wanita, lelaki cukup faham bila masa wanita merajuk, bagaimana hendak dipujuk, apa yang wanita suka dan sebagainya. But when it comes to guy, agak suka untuk mengenali mereka. Kamu perlukan masa yang panjang serta perhatian yang lebih jika benar-benar ingin mengenali mereka. Ustaz  kongsikan beberapa perkara yang umum tentang lelaki.

Bagi si kaki bola, mereka akan lebih menghargai kamu, jika tidak dikacau waktu bolanya. Mereka tidak kisah menemani kamu berjam-jam untuk membeli belah atau berasa segan tatkala kamu bergelak tawa dengan teman di majlis yang tiada seorang pun yang mereka kenali. Tapi, jangann ganggu waktu siaran perlawanan bola pasukan kegemaran mereka.

Lelaki memang kuat makan. Lebih-lebih lagi lelaki yang memang tak boleh tak makan nasi sehari. Mereka boleh bad mood jika terlepas waktu makan sebab asyik melayan kerenah kamu. Jadi jika inginkan dia teman kamu kesana kemari,pastikan waktu makannya tidak lewat!

Kalau wanita marah atau merajuk, cukup senang nak tahu dan pujuk. Jika lelaki marah, kebiasaannya mereka lebih suka berdiam. Itu bermakna mereka perlukan masa untuk diri sendiri. Maknanya, jangan ditegur kalau mereka tengah diam. Jangan risau, keadaan akan kembali normal tak lama selepas itu. Lelaki kalau marah sekejap sahaja.

Salam Ramadan Dari Ustaz Ahmad

ramadhan_selamat-berpuasa

 

Semoga Ramadan 1436H lebih baik dari sebelumnya. Tingkatkan ibadat Hidarkan dosa

Perkara yang Lelaki Tidak Mahu Wanita Mengetahuinya:-

lelaki malu

Lelaki juga suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego dan kelakian  mereka. Tetapi, anda bernasib baik kerana kami berjaya membongkar perkara-perkara yang lelaki cuba rahsiakan dari wanita.

 

Kelemahannya

Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka. Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada anda.

 

Pendapatan Mereka

Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana tu, mata duitan. Jadi salah satu perkara yang mereka seboleh-bolehnya ingin mereka rahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka.

 

They Listen!

Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda. Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu percakapan bertukar menjadi leteran. Ia juga untuk mengelak daripada anda menelefon mereka acap kali, ketika mereka sedang bekerja.

 

Fake Orgasm

Lelaki sekarang sebenarnya lebih bijak. Mereka tahu sekiranya anda mengalami fake orgasm ketika bersama. Tetapi mereka berpura-pura tidak tahu kerana ia akan mencabar ego mereka kerana tidak mampu membuat anda mencapai klimaks yang sebenar. Jadi mereka diamkan sahaja dan terus membiarkan anda terus berlakon ketika bersamanya.

 

Malam Pertama

Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan mereka di atas katil diperlekehkan walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba menyembunyikan rasa gementarmereka pada malam pertama.

 

Selamat Hari Ibu

Hargailah ibu anda selagi mereka masih bersama anda. Bagi kaum lelaki,Ingat syurga di bawah telapak kaki ibu anda.

Jika Ibu redho, in sha Allah, Allah akan redho.

Selamat Hari Ibu-ibu seluruh dunia

Salam Hormat Dari Blog Ustaz Ahmad!

Assalamualaikum & salam hormat.

Alhamdulillah, untuk mendekatkan diri kepada anda dan sebagai tempat untuk menjawab soalan-soalan daripada anda, ustaz berjaya wujudkan blog ini. Syukur kepada Allah.

Semoga kehadiran blog ini boleh membantu ramai orang terutama dalam soal kesihatan lelaki. Kenapa kesihatan? Kerana tanpa kesihatan, walau duit berjuta ia tidak akan bermakna.

Semoga anda akan support usaha ini. Dan jika ada soalan, jangan teragak-agak untuk hubungi ustaz ya.

 

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!