Kitab Lelaki

Tips Kesihatan

6 Perkara Ambil Peduli Jika Usia Mencecah 30-an

Di masa muda mungkin anda merasa sangat kuat, kita boleh berjaga tanpa merasa penat, bersenam tanpa pemanasan sedikit pun. Kita berulang kali memaksa dan menyalah-gunakan tubuh kita tanpa merasakan apa-apa kesan pun selepas itu. Namun tidak setelah kita memasuki usia akhir 20-an di mana tubuh kita mula memberontak dan mengingatkan kita bahawa tubuh dapat dan akan ‘wear & tear’ seiring dengan bertambahnya usia.

Sama seperti kereta, tubuh memerlukan rawatan yang tepat, dan semenjak tubuh tidak mempunyai ‘sparepart’ yang boleh diganti pada bila-bila pun ketika mengalami kerosakan, maka jangan sia-siakan kesihatan anda. Beberapa orang bahkan sudah menderita penyakit serius di usia muda kerana kesalahan mereka sendiri, dan seberapa lama kekuatan tubuh anda bertahan sangat bergantung pada gaya hidup yang anda pilih.

Teruskan Membaca ➞

Kenapa Lelaki Lebih Selesa Pakai Boxer? Ini Jawapannya

Boxer atau seluar pendek yang sering dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Pemilihannya lebih menjadi keutamaan kerana boxer lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ sama ada ketika bersantai di rumah mahupun ketika tidur dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke begitu?

Teruskan Membaca ➞

Mandul Punca Sukar Dapat Zuriat. Kenali Tanda Dan Rawatannya

Selama ini kita sering beranggapan bahawa tanda kemandulan ialah apabila seseorang atau pasangan itu mempunyai masalah kesuburan dan hubungan intim sehingga tidak mampu untuk memiliki anak. Padahal ada beberapa kes, pasangan itu boleh mandul setelah memiliki anak pertama atau kedua. Bagaimana masalah ini boleh terjadi?

Mandul boleh terjadi ke atas lelaki mahupun wanita ataupun kedua-duanya sekali. Jadi, untuk mengetahui sama ada seseorang itu sedang menghadapi masalah kemandulan, pasangan yang telah berkahwin perlu menjalani pemeriksaan makmal secara menyeluruh dengan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.

Jom kenali tanda-tanda atau punca kemandulan dan beberapa langkah pencegahan dan rawatannya.

Teruskan Membaca ➞

Tabiat Minum Kopi Boleh Mencegah Mati Pucuk

Sebut sahaja pasal kopi yang hadir bersama aromanya yang memikat, dan kelikatannya yang menawan, tiada siapa dapat menolak terutamanya lelaki. Bak kata pepatah kitablelaki.com, ‘lelaki dan kopi berpisah tiada!’. Hari ini kopi seolah-olah menjadi satu trending baru kerana bukan sahaja di Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Old Town White Coffee dan pelbagai jenis Kopitiam sehinggalah ke gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan, semuanya menjual pelbagai jenis dan citarasa unik minuman berkafein ini. Jadi, tidak hairanlah kini lambakan produk 3-in-1 berasaskan kopi juga banyak dijual di pasaran.

Tetapi malangnya, kita seringkali dimomokkan dengan fakta bahawa kopi itu tidak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya, kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu, malahan kopi merupakan antara minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Fakta yang mengatakan bahawa kopi mendatangkan keburukan sebenarnya telah diselewengkan oleh bangsa Yahudi. Lihat bangsa Yahudi, mereka sangat menggemari minum kopi malah menjadikan kopi sebagai minuman rutin harian mereka. Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa lebih daripada 400 million cawan kopi telah diambil pada setiap tahun, sekaligus menjadikan ia sebagai minuman yang paling popular di dunia.

Isu kali ini kami akan ketengahkan mengenai pencegahan mati pucuk dengan air kopi. Apa itu mati pucuk dan apa kaitannya dengan pencegahan penyakit ini dengan tabiat minum kopi?

Teruskan Membaca ➞

Bahaya Kanser Prostat : Kenali Petanda, Tahap Dan Rawatan

Apa Itu Kanser Prostat?

Kanser prostat terjadi di dalam kelenjar prostat. Doktor mempercayai bahawa kanser prostat bermula dari perubahan yang sangat kecil ukurannya dan bentuk seperti sel-sel kelenjar prostat. Perubahan ini dikenali sebagai PIN (prostatic intraepithelial neoplasia). Hampir separuh dari pesakit yang menghidapi PIN setelah berusia 50 tahun dan ke atas. Pesakit yang mengalami PIN akan mengalami perubahan sel-sel kelenjar prostat

Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Teruskan Membaca ➞

8 Jenis Makanan Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara. Begitu juga kaum lelaki. Mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk meningkatkan kesuburan di samping mencegah kanser prostat, mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.

Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:

Teruskan Membaca ➞

3 Langkah Penting Dapatkan Kulit Wajah Yang Licin

Jadi lelaki ini mudah. Semua benda mahu nampak mudah dan cepat. Sampaikan bab kebersihan pun, kadang-kadang sebuku sabun itu digunakannya untuk mencuci badan, mencuci muka dan kadang-kadang digunakan untuk mencuci rambut. Namun, untuk memiliki kulit wajah yang sihat, adakah kaedah begitu selamat?

Untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan bersih, ia bukanlah sesuatu yang sukar dan mustahil bagi anda yang mementingkan gaya penampilan diri. Cuma perlu konsisten dengan tiga langkah penting penjagaan wajah yang akan kami kongsikan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Teruskan Membaca ➞

Kerana Rokok Zakar Anda Jadi Mangsa!!

rokok zakar

Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik,merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi. Teruskan Membaca ➞

7 Cara Menghindari Perut Buncit

perut 1

Lemak pada bagian perut adalah salah satu jenis lemak yang paling berbahaya dari lemak tubuh yang anda miliki. Lemak di bagian perut adalah indikator penting untuk mengelak penyakit. Selain lemak di bagian perut bersifat elastis yang dipicu kerana kenaikan berat badan, lemak dibagian perut juga dapat dipicu karena hormon di dalam tubuh. Stres adalah salah satu penyebab utama dalam meningkatkan sekresi kortisol di dalam tubuh.

 

Berikut adalah 7 cara yang dapat anda lakukan untuk menghindari perut buncit :

 

  1. Latihan secara teratur

Dalam mendapatan berat badan yang ideal diperlukan dalam kehidupan sihat diantaranya dengan melakukan latihan secara teratur. Bagi anda yang ingin menghindari perut buncit sebaiknya rutin melakukan latihan seperti sit-up, yang bermanfaat untuk otot perut. Selain itu anda juga dapat mencuba lompat tali dan berbagai jenis latihan yang memiliki manfaat untuk mengurangi lemak di tubuh terutamanya di bahagian perut.

 

  1. Makan secara teratur

Bagi anda yang melewatkan makan pada waktunya ia lebih beresiko tinggi dalam meningkatkan kadar kolestrol, sehingga menyimpan lebih banyak lemak terutama di bagian perut. Mengambil makanan sihat seperti salad dan buah-buahan setiap hari dapat mengurangi penyimpanan lemak tubuh terutama di bagian perut anda.

 

  1. Hindari konsumsi permen

Cara terbaik untuk menghindari perut buncit adalah dengan menghindari konsumsi makanan manis berlebih terutama permen. Mengkonsumsi gula menyebabkan perubahan yang tinggi terhadap kadar gula darah dan apabila dikonsumsi berlebihan maka akan menjadi tumpukan lemak tidak terkecuali dibagian perut anda.

 

  1. Meningkatkan vitamin C

Vitamin C banyak terdapat di dalam sayur dan buah seperti  buah jeruk, brokoli, kale, dan paprika yang dapat membantu dalam menjaga tingkat kortisol di dalam tubuh. Vitamin C sangat penting dalam produksi karnitin yang digunakan tubuh untuk mengubah lemak menjadi tenaga

  1. Meningkatkan asupan lemak sehat

Bagi anda yang ingin mendapatkan tubuh yang sihat terutama terhindar dari lemak di bahagian perut sebaiknya lebih seletif dalam memilih makanan. Makanan yang mengandung lemak tidak sihat merupakan musuh bagi anda yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh dan berat badan yang ideal. Beberapa makanan ternyata mampu mencukupi keperluan lemak sihat yang diperlukan tubuh dan bermanfaat untuk anda yang sedang diet. Beberapa makanan seperti  alpukat, kenari dan minyak zaitun boleh menjadi pilihan terbaik anda.

 

  1. Rehat yang cukup

Tidur sangat penting untuk menjaga berat badan dan kesihatan yang optimal tubuh anda. Beberapa penelitian telah membuktikan bahawa terlalu sedikit  kualiti tidur mengarah ke penambahan berat badan, mengidam makanan yang tidak sihat  dan peningkatan risiko penyakit jantung dan juga diabetes. Mendapatkan lebih banyak tidur adalah cara mudah untuk menjaga tubuh Anda langsing dan sihat.

 

  1. Mengawal stress

Kortisol adalah salah satu hormon yang berhubungan dengan pengelolaan stres. Ketika Anda sedang stres maka akan mengakibatkan tingkat kenaikan kortisol. Hal ini dapat menyebabkan penambahan berat badan atau ketidakmampuan untuk menurunkan berat badan, penurunan kekebalan tubuh dan meningkatkan tingkat peradangan. Usahakan untuk meluangkan waktu untuk bersantai setiap hari meskipun hanya beberapa minit untuk mengatur kortisol yang seimbang. Bagi anda yang sedang bermasalah dengan berbagai kegiatan yang menekan anda secara paksaan sebaiknya anda mengatur jadual kembali untuk mendapatkan pola hidup yang sihat dan menghindari beberapa penyakit yang mungkin timbul ketika stress tidak dapat anda tangani dengan baik.

Mangfaat Bau Ketiak Pasangan Anda Yang Anda Tidak Tahu

bau ketiak

Bau ketiak pasangan anda adalah yang terbaik…..

Bau ketiak atau badan yang masam dan tengik mungkin merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi sesetangah orang terutamanya wanita. Tapi percayalah bahawa bau badan lelaki merupakan bau lelaki yang sejati yang menjadi sesuatu yang “ingin” dihidu oleh kebanyakan wanita. Bau yang dikeluarkan oleh rongga peluh lelaki adalah bau asli yang boleh menarik dan menguja nafsu wanita. Ianya boleh merangsang nafsu berahi wanita. Minyak wangi lelaki yang paling mahal dan paling disukai wanita adalah dibuat dari esktrak bau badan lelaki. Ini adalah kerana bau semulajadi lelaki atau wanita adalah bau yang merangsangkan pasangannya. Bau ini adalah sebahagian dari penjodohan sesuai atau lebih popular disebut sebagai “chemistry”.

Benarkah bau ketiak lelaki juga mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.(ngee)

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.