Kitab Lelaki

Motivasi Diri

6 Perkara Ambil Peduli Jika Usia Mencecah 30-an

Di masa muda mungkin anda merasa sangat kuat, kita boleh berjaga tanpa merasa penat, bersenam tanpa pemanasan sedikit pun. Kita berulang kali memaksa dan menyalah-gunakan tubuh kita tanpa merasakan apa-apa kesan pun selepas itu. Namun tidak setelah kita memasuki usia akhir 20-an di mana tubuh kita mula memberontak dan mengingatkan kita bahawa tubuh dapat dan akan ‘wear & tear’ seiring dengan bertambahnya usia.

Sama seperti kereta, tubuh memerlukan rawatan yang tepat, dan semenjak tubuh tidak mempunyai ‘sparepart’ yang boleh diganti pada bila-bila pun ketika mengalami kerosakan, maka jangan sia-siakan kesihatan anda. Beberapa orang bahkan sudah menderita penyakit serius di usia muda kerana kesalahan mereka sendiri, dan seberapa lama kekuatan tubuh anda bertahan sangat bergantung pada gaya hidup yang anda pilih.

Teruskan Membaca ➞

Ini Sebabnya Mengapa Islam Mengharamkan Lelaki Memakai Emas dan Sutera

Emas dan kain sutera tidak asing bagi wanita jika mereka memakainya, apatah lagi jika si pemakainya akan tampil lebih anggun dan bergaya. Walau bagaimanapun, Islam sangat menegah umatnya terutama kaum lelaki daripada memakai emas dan sutera. Mengapa ianya diharamkan? Apakah yang akan berlaku sekiranya golongan lelaki tetap memakai emas dan sutera sebagai perhiasan mereka?

Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Emas di sini bermaksud dalam sebarang sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sungguhpun begitu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya dari unsur emas. Hanya rupa dan warnanya sahaja yang kelihatan sama dan bukan kemiripannya.

Hakikatnya, hikmah di sebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul, di samping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

Teruskan Membaca ➞

15 Tip Jadi Lelaki Yang Berketerampilan Dan Menyakinkan

Bosan dengan gaya berpakaian dan trend yang sama? Apa kata jika anda melakukan sedikit perubahan diri anda dalam penampilan berpakaian, gaya rambut dan kekemasan wajah anda agar nampak lebih metroseksual. Mungkin dengan gaya seperti ini anda akan mendapat sedikit keyakinan dalam diri anda asalkan kena dengan caranya.

Kami kongsikan 15 tip jadi lelaki yang berketerampilan dan menyakinkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan dari kaca mata kekasih ataupun isteri. Buat anda yang masih tercari-cari teman hidup, boleh ikuti tip-tip ini supaya wanita-wanita bujang di luar sana ‘cair’ melihat ketampanan anda.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Teruskan Membaca ➞

11 Tabiat Malas Lelaki Yang Dibenci Pasangan

Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan tabiat lelaki pemalas. Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian dalam banyak perkara. Walaupun tidak semua lelaki memiliki tabiat ini, tetapi sebahagian besarnya menunjukkan ciri-ciri tersebut sehingga mencerminkan bahawa lelaki adalah insan pemalas berbanding wanita jika tidak berubah.

Sikap pemalas lelaki ini boleh dikatakan bertitik tolak dari sifat semula jadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh atau bersikap kewanitaan.

Oleh itu, pada kali ini kami cuba kongsikan kepada anda 10 tabiat lelaki pemalas yang tidak disukai wanita berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sisipan XY – Ikon Lelaki. Jadi, khususnya kepada anda yang sedang mencari jodoh, sudah berpasangan atau teman serumah yang sudah mula menunjukkan rasa bosan dengan anda, cubalah berubah ya!

Teruskan Membaca ➞

Antara Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

kesilapan-2

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.

Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.

Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.

Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

 

1  MEMBANDING-BANDINGKAN

 

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.

Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.

Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.

Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.

Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.

Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

Cuba lihat contoh perbualan dibawah:

Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”

Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.

Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”

Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”

Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.

.

2 KESILAPAN MERENDAHKAN KEBOLEHAN ANAK

 

Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.

Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.

Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”

Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.

Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.

Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.

Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

.

3  MEMARAHI ANAK TIDAK PADA TEMPATNYA

 

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.

Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.

Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.

Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.

Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.

Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.

Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.

Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.

Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar

Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.

Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.

.

4  TIDAK MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

 

Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.

Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.

Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.

Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?

Kemungkinan jawapanya adalah tidak.

Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.

Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.

.

5  TIDAK MEWUJUDKAN KEMESRAAN

 

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?

Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.

Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.

Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.

Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.

Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.

Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.

Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.

Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.

Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.

Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.

Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.

.

6 sUKA MEMBEBEL DAN MENGKRITIK

 

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.

Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.

Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.

Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.

Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.

Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.

Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.

Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.

.

Hukum Lelaki Memakai Inai Di Jari

inai2

 

Tahukah anda hukum memakai inai bg kaum lelaki??Amalan memakai inai bagi kaum lelaki sudah menjadi gaya baru dalam masyarakat kita sekarang…Akan tetapi kita harus megetahui hukum segala perbuatan yang kita lakukan dari masa ke semasa agar tidak bercanggah dengan hukum ALLAH SWT..Di sini dinyatakan 2 jnis hukum iaitu hukum bagi lelaki dan hukum bagi perempuan dalam aspek pemakaian inai ini.

2 JENIS HUKUM MEMAKAI INAI  

   *   Hukum memakai inai bagi wanita
*   Hukum memakai inai bagi lelaki

 

Hukum memakai inai bagi wanita

Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.

Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.

Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

Hukum memakai inai bagi lelaki

Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

 

Rahmat-Rahmat ALLAH Yang Tidak Di Sedari Oleh Manusia

rahmat

 

Saat hati berkata ” INGIN “, namun ALLAH berkata ” TUNGGU “.
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata ” TERSENYUMLAH “.
Saat segalanya terasa ” MEMBOSANKAN “, namun ALLAH berkata ” TERUSLAH MELANGKAH “.
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :’)

*******************************************************

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah…

************************************************************

RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka..”

Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng”ISTIMEWA”kan kita dimataNya…

Tatkala kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam MUSIBAHnya, dan TEGAR dalam ujianNya

BerSYUKURlah Pada ALLAH..(◕‿◕)
Tunduk dan Sujud Di atas SEjadah CIntaMU

*************************************************

DIAM diibaratkan seperti sebilah pisau yang di simpan dan hanya di gunakan bila perlu… Sekali guna, mampu mengerat-ngerat apa sahaja yang berada di depannya dengan mudah….

Tetapi…

Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda… Hingga satu ketika, ianya gagal untuk memotong apa2 pun sekalipun benang yang nipis…

*************************************************

Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita?
~♥> Kerana kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya .

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita?
~♥> Kerana Allah ingin kita saling MENDOAKAN , dalam jauhnya pandangan sekalipun .

Kamu tahu alasan adanya kelopak pada mata?
~♥> Untuk membiarkannya terpejam , BERISTIRAHAT dari memandangmu dalam NYATA .

✿ Sesekali aku hanya ingin BICARA , sekadarnya saja , tidak lama .
✿ Setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata ,
✿ Namun di balik telapak tangan ini , sebuah NAMA terukir INDAH ,
♥~ Belum dapat ku baca..KATA Allah masih RAHASIA ~♥
♥ sabar itu indah jika dinanti brsama Allah,, :’)

***************************************************

“Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan”

*****************************************************

Sesungguhnya sekiranya kamu MAHU MENCINTAI diri ku,

Ku semahunya KAMU…
~♥ Mencintai KEKURANGAN ku melebihi daripada KELEBIHAN ku…
~♥ Mencintai KELEMAHAN ku melebihi daripada KEKUATAN ku…
~♥ Mencintai KEBURUKAN ku melebihi daripada KECANTIKAN ku…
~♥ Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi daripada KESEMPURNAAN ku…

kerana untuk MENCINTAI segala yang TERBAIK biarlah KAMU hanya cukup MENCINTAI ALLAH, bukan diri ini yang tiada apa kelebihannya~~

******************************************************

Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka.
Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan gagal ujian dunia.
Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT..

*****************************************************

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN

Itulah KEBAHAGIAAN.

********************************************************

C – Cinta sebelum berkahwin , biar sederhana , tak melanggar batas agama ,
I – Impian rumahtangga dirancangkan bersama ,
N – Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan ,
T – Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang ,
A – Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga 😀

********************************************************

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.

******************************************************************

Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma’ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma’asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)

***************************************************************

♥ Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ♥

***************************************************************

(^_^)❤ Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. (^_^)❤ InsyaALLAH…

***************************************************************

‎~✿ Buat insan yang pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan…
~✿ Buat insan yang pernah SAYA SAKITI:-
Maafkanlah kekhilafanku, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan…
~✿ Khas buat SAHABAT ku:-
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna ku ingin melewati hari2 indahku bersamamu….

**************************************************************

✿..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)

*************************************************************

Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita,