Kitab Lelaki

Ilmu Rumah Tangga

5 Kelebihan Lelaki Berusia Pada Pandangan Mata Wanita

Segelintir wanita masa kini lebih meminati lelaki berusia berbanding dengan lelaki-lelaki muda yang sebaya dengan mereka ataupun yang lebih muda dan sihat. Bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.

Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil. Jadi, lelaki muda di luar sana jangan cepat melatah tentang isu ini. Anda mungkin boleh menimba ‘pengalaman’ berharga itu daripada lelaki-lelaki berusia di luar sana sebagai bekalan anda nanti.

Mahu tahu apa lagi kelebihan dan istimewanya lelaki ‘matang’ dan berusia ini. Jom ikuti perkongsian kami ini.

Teruskan Membaca ➞

Mandul Punca Sukar Dapat Zuriat. Kenali Tanda Dan Rawatannya

Selama ini kita sering beranggapan bahawa tanda kemandulan ialah apabila seseorang atau pasangan itu mempunyai masalah kesuburan dan hubungan intim sehingga tidak mampu untuk memiliki anak. Padahal ada beberapa kes, pasangan itu boleh mandul setelah memiliki anak pertama atau kedua. Bagaimana masalah ini boleh terjadi?

Mandul boleh terjadi ke atas lelaki mahupun wanita ataupun kedua-duanya sekali. Jadi, untuk mengetahui sama ada seseorang itu sedang menghadapi masalah kemandulan, pasangan yang telah berkahwin perlu menjalani pemeriksaan makmal secara menyeluruh dengan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.

Jom kenali tanda-tanda atau punca kemandulan dan beberapa langkah pencegahan dan rawatannya.

Teruskan Membaca ➞

Isteri Nusyuz Tidak Layak Terima Nafkah

Seorang isteri yang baik jika dia kenal serta beriman dengan Allah, maka dia akan tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan kepadanya sama ada patuh atau ingkar dengan sesuatu yang telah ditetapkan untuknya. Hatinya mudah lembut, terdidik dan menerima akan segala nasihat atau teguran yang baik-baik. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab sebagai suami apabila diijabkabulkan ialah memastikan agar isterinya betul-betul mengenali Allah. Kerana itulah Islam menggariskan syarat, pilihlah wanita yang beragama untuk dijadikan isteri, maka perkara yang lain akan turut mengiringinya. Jika berlandaskan nafsu dan keinginan hati semata-mata, maka timbullah pelbagai pergolakan jika tiada persefahaman dalam hubungan antara Sang Pencipta dengan hubungan sesama manusia.

Isu yang akan diketengahkan kali ini ialah mengenai status penerimaan nafkah sekiranya si isteri itu nusyuz dalam perkahwinannya. Benarkah isteri yang curang pada suami adalah isteri yang nusyuz? Jika isteri nusyuz, benarkah dia tidak layak menuntut apa-apa nafkah, termasuk nafkah idah?

Teruskan Membaca ➞

20 Tip Jadi Lelaki Idaman Wanita

Lelaki sering memperkatakan mengenai ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hatinya, sedangkan pernahkah lelaki tahu bahawa golongan wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman mereka. Jadi sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki yang disenaraikan ini perlu diberi perhatian walaupun kita tahu setiap orang bukanlah seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakkan ciri-ciri yang tersenarai, ia adalah bonus bagi anda untuk mendapat tempat di hati wanita.

Jika anda sedang dalam usaha memikat seseorang gadis ataupun jika sudah berkahwin dan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteri tercinta, kami kongsikan 20 tip percuma bagaimana menjadi lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman wanita.

Tersenarai di bawah ini adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.

Teruskan Membaca ➞

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Kedua Ibu bapa Selepas Berkahwin Yang Perlu Diketahui ?

tanggunjawab anak lelaki

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ramai dikalangan anak lelaki yang telah berkahwin mengabaikan tanggungjawabnya kepada kedua ibu bapanya. Mereka menyerahkan kepada kakak atau adik perempuan untuk menguruskan ibu bapa mereka yang sudah uzur. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perlu difahami bahawa perhubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebaliknya anak perempuan apabila mereka berkahwin sahaja maka tanggungjawabnya dibawah jagaan suaminya. Dari segi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi nafkah kepada ibu bapa untuk anak perempuan terputus. Melainkan dengan izin dan reda suami anak-anak perempuan atas kerelaannya boleh berkhidmat kepada kedua ibu bapanya. Teruskan Membaca ➞

17 SEBAB ISTERI MERASA HAMBAR KETIKA BERSETUBUH

isteri

Fikiran wanita ini adalah sangat aktif dan sangat sensitif. Ini adalah beberapa kenyataan yang dibuat oleh beberapa kaum wanita mengenai masalah ini:

  1. Sudah beberapa tahun saya tidak dapat mencapai klimax dan hanya berpura-pura dihadapan suami yang saya telah klimax(“Female Orgasmic Disorder” FOD).
  1. Saya sangat letih dan tidak ada mood apabila bersama dengan suami(SEX AROUSAL DISORDER).
  1. Saya susah nak klimax apabila bersama dengan suami kerana perasaan malu saya dan apabila bersetubuh, perasaan tidak selesa mengganggu fikiran saya(Low Self-Esteem).

Teruskan Membaca ➞