Kitab Lelaki

Baik Buruk Bercinta Dengan Lelaki Lebih Muda

lelaki muda

 

Umur bukan lagi penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Perkara biasa jika kita mendengar perempuan bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia. Sejak akhir-akhir ini, trend bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda makin menjadi-jadi. Kalau kita perhatikan para selebriti wanita kita pun ada yang selesa memilih untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. EH! kongsikan pros dan cons bercinta dengan lelaki lebih muda.

KEBAIKAN

Awet Muda

Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan nampak sebaya.

 

Seks

Bagi yang merancang untuk berkahwin, usah gusarkan stamina si dia ketika ‘bersama’. Orang lebih muda ni jauh lebih bertenaga dan suka mencuba sesuatu yang baru. Kamu pasti akan rasa teruja dan seronok melayari gerbang perkahwinan bersama si dia.

 

Manja

Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu!

 

KEBURUKAN

Kurang Matang

Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu beralah untuk beberapa perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan kerenah si dia yang muda!

 

Kewangan

Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara si dia.

 

Komitmen

Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan untuk dia.

• Meet the Author ➞ ustaz ahmad



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!