Kitab Lelaki

8 Perkara Yang Tidak Digalakkan Selepas Makan

download (3)

Hidup ini penuh dengan peraturan. Setiap negara pun ade peraturan untuk hidup aman. Sama jugak dengan tubuh badan kita yang juga ada peraturan. Kalau nak sihat, ikutlah peraturan yang dah ditetapkan.

Bila membabitkan soal makanan, memang banyak peraturan yang kita kena ikut. pergi kat link ni “TIPS : 10 Makanan Sihat Yang Perlu diambil Setiap Hari” untuk tahu lebih lanjut tantang tips pemakanan. Apa yang kita makan hari ni memberi kesan yang sangat besar bila kita dah berusia nanti. Tabiat kita semasa makan juga perlu dititik beratkan.

Apa yang aku nak kongsi sekarang ni ialah 8 larangan selepas makan. Mungkin selama ni kita tak sedar, ada perkara yang kita buat akan memudaratkan tubuh badan. Ataupun mungkin kita dah tahu, cuma sebab dah jadi tabiat, susah nak dielakkan. Atau mungkin kita tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab ramai orang lain pun tak tahu. macam-macam kemungkinan!

 

Lebih baik kita mulakan gaya hidup yang sihat sebelum terlambat. Jom baca 8 perkara JANGAN buat selepas makan!

 

  1. Jangan merokok.

Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

(p/s : Walau apapun merokok tetap membahayakan kesihatan!!! Berazam untuk berhenti dari sekarang!)

 

  1. Jangan makan buah-buahan.

Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan

6 lagi tips dengan membaca entry ini sepenuhnya…

 

  1. Jangan minum teh.

Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

 

  1. Jangan melonggarkan tali pinggang.

Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

 

  1. Jangan mandi.

Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

 

  1. Jangan banyak berjalan.

Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil. Baca fakta tetang berjalan di sini.

 

  1. Jangan terus tidur.

Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

 

  1. Jangan terus minum air.

Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam – 1 jam selepas makan.

 

Selamat mengamalkan ye! 😉

 

• Meet the Author ➞ ustaz ahmad



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!