Herba-herba tradisional telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perawatan kesihatan seksual termasuklah rawatan bagi masalah mati pucuk. Setiap herba memiliki keistimewaan dan mekanisme tersendiri yang unik dalam meningkatkan kesihatan seksual. Kini ia turut mendapat perhatian para penyelidik untuk mengkaji keberkesanan herba-herba terpilih secara klinikal.
Hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di dalam mahupun luar Negara mendapati bahawa herba seperti horny goat weed (herba daun kambing), damiana, withania, ginkgo biloba, ginseng dan beberapa herba yang lain mampu member kesan yang positif dalam perawatan masalah kesihatan lelaki.
Berikut adalah kebaikan herba tradisional kepada kesihatan seksual lelaki
-
GINSENG
Herba ini terkenal di kalangan kaum cina.
Fungsi :
- Ia dapat meningkatkan tenaga, memperkuat sistem pencernaan dan fungsi peparu. Ia juga dapat menenangkan fikira.
-
Herba Daun Kambing
Merupakan herba tradisional dari china yang digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk sejak dua ribu tahun dahulu. Nama saintifiknya Epimedium sagittatum Bertindak sebagai agen afrodisia.
Fungsi :
- Meningkatkan keinginan seks dengan meningkatkan penghasilan sperma bagi lelaki
- Memperbaiki tahap ereksi lelaki
- Merangsangkan kepekaan system saraf.
- Melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.
-
Gingko Biloba
Ginkgo digunakan secara meluas di jerman dan perancis untuk pesakit Alzheimer atau pesakit yang mempunyai masalah otak atau mental seperti masalah daya ingatan. Terdiri daripada dua komponen penting iaitu flavonoid dan terpenoid
Fungsi :
- Meningkatkan pengaliran darah ke dalam penis seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi.
- Menguatkan daya ingatan
- Flavonoid:- Mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak.
- Terpenoid:Memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
-
Gamat
Nama saintifiknya ialah Stichopus chloronotus
Fungsi :
- Mengembangkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah.
- Meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga lebihan yang diperlukan.
-
Puncture Vine
Puncture vine digunakan dalam perubatan tradisional China, India dan Greek untuk wanita mandul, lelaki mati pucuk dan kurang libido (nafsu seks) bagi wanita dan lelaki
Fungsi :
- Meningkatkan system reproduktif lelaki dengan meningkatkan hormon testosterone serta penghasilan sperma dan libido
-
Damiana
Di Mexico & Amerika Selatan, damiana digunakan sebagai herba untuk merangsang nafsu seks dan anti kemurungan
Fungsi :
- Meningkatkan fungsi saraf serta kepekaan pada bahagian genital dan seterusnya merangsang keinginan seks
-
Withania
Withania digunakan oleh kaum India untuk fungsi saraf yang sihat
Fungsi :
- Berupaya melawan tekanan emosi dan meningkatkan tenaga seks.