Kitab Lelaki

4 Suasana Menyemarakkan Api Cinta Dalam Hubungan

menyemarakkan cinta

 

Usia perhubungan kamu dengan si dia sudah mencecah tahun keenam dan mula rasa sedikit suram? Mungkin belum sampai waktu kamu mengakhiri zaman bujang dek kerana beberapa perkara yang belum selesai. Usah terlalu selesa dengan apa yang kamu ada sekarang. Kamu perlu lakukan sesuatu bagi menyemarakkan api cinta antara kamu dan si dia.

Temujanji Rawak

Bukan perlu untuk berjumpa tiap hari, setidak-tidaknya seminggu sekali. Faham kamu berdua sibuk dengan tugasan di pejabat, tapi jika kamu buat temujanji rawak bersama dia contohnya makan malam selepas kerja pasti membuatkan hatinya rasa terharu.

Masak Untuk Si Dia

Lelaki memang suka kalau teman wanita masak untuknya. Sekali sekala kamu masakkan makanan tengahari hujung minggu dan hantarkan kerumah bujang dia. Psst! Kalau kamu buat kejutan pasti si dia akan rasa gembira sebab kamu pandai jaga perut dia! Mana tahu dia akan cepatkan tarikh melamar kamu.


Nota Cinta

Tuliskan ayat-ayat cinta yang ringkas atas sekeping nota kecil dan tinggalkan dalam kereta si dia atau dalam dompetnya. Sekurang-kurangnya si dia akan tersenyum apabila terbaca nota comel kamu!

CD Lagu

Pilih beberapa lagu-lagu cinta kegemaran kamu dan si dia ketika ini, burn dalam CD dan berikan pada dia. Dalam kereta dia boleh dengar secara tak langsung, dia akan teringatkan kamu ketika memandu.

• Meet the Author ➞ ustaz ahmad



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!